Wednesday 2 May 2012

Makcik tua vs pak guard..

Tadi temankan mama pi pekan..tujuan temankan pekerja kebun getah jual getah di kilang getah dan bayar keta ..bnayar motor adik dan beli yang sepatutnya..aku yang no fulus ni just temankan aje, untung2 ada yang sedekah seringgit dua ringgit ha ha ha dasar!...

Dah elok2 nak jalan pi bayar motor adik lalu la kawasan makcik dan pak guard yang aku rasa agak kecoh sikit..rasa perbualan lain macam aje..dengar macam pak guard tu tanya macam2 dengan makcik tu lingkungan 70an la...makcik tu pulak tak berapa faham bahasa melayu...teragak2 la menjawab...so aku stop kat situ dan nak tau juga apa yang berlaku...

Alkisahnya..makcik ni pi la keluarkan duit bantuan dekat BSN...rm350.00...tup-tup ada dua orang anjing lelaki dan perempuan pura-pura membantu makcik ni...aku tak salahkan makcik ni sebab aku rasa makcik ni memang tak tahu hapa maybe faktor bahasa dan ketuaan dia macam blur-blur sikit...

Anjing-anjing tu naik kancil..anjing betina tu berbadan gempal n rambut panjang mengurai...dari cerita makcik tu orang tu mengaku anak kepada pakcik jailani..siapa anjing berdua tu makcik tu tak kenal tapi jailani tu makcik tu kenal la...dia pun ikut la naik kancil kerana anjing2 tu offer nak tolong makcik tu...so makcik tu mengikut aje la kemana dibawa..

Lepas sampai ke supermarket ..anjing betina tu bawa makcik tu ke dalam dan sebelum tu dia dah menyuruh makcik tu buka segala barang kemas dan masukkan ke dalam handbag makcik tu , makcik tu dengan tanpa fikir panjang buka dan ikut arahan betina tu supaya tinggalkan beg ke dalam kereta..cuma ic aje yang dibawa keluar....anjing betina yang tak berperikemanusiaan tu cakap kat makcik tu supaya menunggu aje kat situ sementara dia nak beli air padahal???? bawa lari barangan makcik tu.....sedih kan...

pak guard ni pula bangang dan tolol....umur around 50an...dah makcik tu ditimpa kesusahan ..x reti membaca..tak reti mengeja..sibuk soal siasat itu ini....siap tanya x tau ke kena tipu ..kenapa ikut orang tidak dikenali..ingat x apa plat no keta tu..pi report polis la, pi report ke bank la...(aku rasa pakcik guard tu memang takda otak)kesian kat makcik tu terpinga2 aja .bagi aku memang tak salah kalau dia tanya segalanya jika bantu untuk makcik tu dapat balik ke rumah...nama aje sarjan securiti..ingat besar sangat ke pangkat tu ...last2 dia biarkan makcik tu sorang2 ...saya pulak yang sedih ,mama pula aku lihat dah memang sedih...apa perasaan kalau orang tua kita kena buat camtu...ditinggalkan tanpa sesen dan cuma ic aje dalam tangan...

Geram la dengan anjing2 tu..aku rasa anjing pun kalau berakal takan buat macam tu..gile keji...serius geram sangat...aku nak tolong pun aku mana ada transport..yang kami mampu hanya sedekahkan makcik tu rm15 untuk tambang balik ke rumah dia...semoga dengan berbekalkan rm15 tu makcik tadi dapat mengisi perut dan balik ke rumah dengan selamat...

Aku doakan sangat semoga anjing berdua tu dapat balasan yang setimpal kerana menganiaya orang lain aminnnn

Eh ..disebabkan aku rajin temankan depa jalan (mama n pekerja) aku kena belanja makan dan dapat rm20 free ha ha ha ...boleh la topup utk seminggu..thanks!

No comments:

Post a Comment