Tuesday 1 January 2013

Tahun 2013 hurm..

Apa yang best untuk tahun 2013 ni ye? apa azam baru korang pulak? aku seperti kebiasaan la , hari berganti hari tahun berganti tahun..minggu dan bulan tu abaikan keh keh puiii... macam biasa azam nak kuruskan badan..tahun lepas nya azam turunkan berat haram x sampai.. nak ilangkan beberapa kilo konon..hingga saat ni turun naik turun naik...dan the last result berat turun cuma 1kilo...dimana silapnya?

silap pada diri sendiri..orang dah pakai size S aku masih ditakuk lama..xl selamanya..nauzubillah..aku nak kurus jugak weiii...tapi kurang disiplin tu yang menyebabkan aku selalu kalah dengan nafsu sendiri...
tersentap bila ada sorang member prihatin kata "ingat diam selama ni dah kurus dah" pedih yang membakar semangat sebenarnya ucapan itu he he he ..pedih tak pedih terpaksa telan sendiri...

Aku akan terus berdiet kalau secara drastik secara perlahan-lahan pun aku akan buat juga...now still tak sentuh nasi n segala tepung2an..cuma malam tadi agak kantoi disitu..sambil tolong kakak meniaga sempena family days sambil makan-makan..jangkan lekor segala laksa aku hambat..

itu last untuk tahun lepas..tahun 2013 ni akan mulakan azam baru pulak...

No comments:

Post a Comment