Wednesday 4 January 2012

Tips kuruskan badan...

Hai all ..tak terlewat lagi kan aku nak wish kat korang semua happy new year...wah wah..dah masuk tahun baru..mesti azam pun baru kan...mesti korang nak kuruskan badan kan...for all of KMMK sorry the mory aku tak berapa rajin nak hapdet blog aku pada tahun lepas disebabkan masalah teknikal ...kiranya semangat aku dah pulih tahun ni..he he ...

Tadi aku ada search kat tenet camna cara nak kuruskan badan..so nampaknya aku dah dapat detect apa kesalahan sepanjang tempoh aku berdiet yang langsung tak memberi kesan pada body aku...

1. Jangan berlapar...
Makanan tu kasi kita tenaga..bila kita guna tenaga kurang dari yang kita amik..badan kita akan terkejut   pastu tubuh akan bakar otot utk ganti makanan..itu la yang menyebabkan kadar metabolisma kita rendah.jadi bila kita dah x tahan lapar kita akan makan dengan banyak..masa tu kita amik makanan dengan banyak pun dah tak guna sebab metabolisma kita tetap rendah so ni menyebabkan tubuh tak dapat membakar kalori pada tahap biasa lagi..so elakkan berlapar tau...cam aku ni konon2 nak berlapar la sangat amek kau..dah 2 bulan posa nasik tapi still same je takde perubahan ...

2. Elakkan minum minuman bergas..
Lagi banyak gas lagi sedap kan..sedap diminum time panas terik apalagi kalau yang sejuk-sejuk..tapi sebenarnya minuman berkarbonat ni sangat la manis..kandungan gula 7-8 sudu so sangat tak baik untuk kesihatan anda...

3. Amik sarapan pagi...
Ni la perkara yang paling susah nak buat kan...nak bersarapan..cam aku..bangun je mandi n terus ke kedai..so nak breakfast tu cam susah sangat..biasanya terus je lunch..bahaya tau kalau tak sarapan..ada kajian kata orang yang tak bersarapan lebih cenderung gemuk dari yang besarapan...sebabnya sarapan pagi tu menstabilkan hormon dan paras gula dalam badan...kadar metabolisma juga meningkat dan membantu dalam pembakaran kalori....owhh now aku dah tahu sebab ni kot aku gemok hahahha...

4. Makan dengan perlahan-lahan...
Kunyah secara perlahan kerna tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan..selama ni aku gopoh patut la bertambah-tambah aku makan huh!

5. Kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecik..
Cara camni makanan mudah terhadam...

6. Minum air dengan sebanyak-banyaknya ..lebih banyak lebih bagus...jangan kurang dari 8 gelas untuk sehari..kalau aku susahnya nak menelan walaupun segelas air huhuhu..

Ni antara tips yang aku dapat..yang penting2 aje la... :) meh kita kawal pemakanan kita supaya lebih sihat...chaiyok-chaiyok...


4 comments:

  1. bagi saya la kan...yang paling penting..wajib sarapan..jgn minum air gula..jgn makan nasi..jgn makan selepas 8 malam..kompom jadi

    ReplyDelete
  2. Orked, terima kasih atas perkongsian info nih.. kadangkala terlupa benda-benda kecil ini yang tak nampak kesalahannya.

    Seeloknya kita kena sarapan pagi dalam tempoh masa 45 minit sejurus kita bangun tido. Cuba amalkan yea.. penting untuk bekalkan tenaga seharian. =)


    All the best for this year Orked!

    ReplyDelete
  3. Bici: tula pasal aku selalu skip bfast...

    Nadia: sedih ni berat still angka 7 huhuhu...now tengah try join contest battle for 8 weeks..semua buat atkins diet huhuh kena struggle nampaknya diet kali ini...nak guna pakai juga atkins kat blog bici..kena khatam semula

    ReplyDelete
  4. bagus info no.ape2 pun, silalah berkunjung ke blog sya.there are a lot of information pasal diet.

    ReplyDelete