Assalamualaikum,
Lama sangat tidak menulis dalam ni. Baru saya perasan sudah 5 tahun rupanya saya tidak menulis apa-apa, nampaknya makin bersawang la rumah ni. Hari ni 12.04.2022 ramadhan yang ke 11 untuk tahun ini. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia dan masih berpeluang melaksanakan ibadah puasa bersama keluarga tersayang, dengan suami tercinta dan anak-anak yang sangat disayangi.
Sebenarnya tiada apa pun yang ingin dicoret cuma mungkin rindu untuk menulis dan curhat didalam ini. Tak kisah la ada yang baca atau tidak yang penting rasa puas hati. Kalau lama tidak menulis , otak jadi beku , susun ayat pun berterabur , siapa yang susah? bang Jamil juga yang susah .
Puasa tahun ni macam agak kurang rasa letih, rasa haus dan rasa lapar, mungkin juga disebabkan cara mengawal pemakanan , maksud saya makan setakat yang perlu dan tidak terlalu kenyang. ya ka? tapi itu saya la, orang lain saya x tahu. Setakat ni baru sekali saya bersahur itu pun masa pagi sabtu yang lepas, faham kan kenapa saya bersahur masa tu, sebabnya masa tu saya awal bangun untuk siapkan jualan pasar sabtu, biasalah kan begini la kehidupan orang yang memang jiwa meniaga. Puasa atau tidak tetap berniaga demi kelansungan hidup, lagi-lagi masa ini kami sangat memerlukan extra income untuk siapkan kediaman pertama kami insyallah.
Sekarang ni pula bermain difikiran saya, apa la gamaknya juadah untuk berbuka puasa pada hari ini, secara kebetulan pula giliran kami bawa juadah moreh hari ini. Argh ...susah-susah bagus juga la berbuka dengan mee basah saja, sekali masak ja dengan juadah untuk dibawa ke masjid tak usah pening kepala, benda senang buat apa mau susah-susah kan? lagipun agak penat juga, tengahari tadi siapkan makanan untuk jualan di mini bazaar di kampung kami. Ada rezeki boleh beli barang2 untuk rumah baru nanti, mudahan dipermudahkan.
Oklah rasa macam panjang pula coretan ni, time balik kerja 4.30pm, sebelum tu nanti singgah di tapak bazaar bantu suami sekejap sebelum balik rumah untuk masak juadah berbuka puasa. setakat ni sajalah saya tulis hari ni. Agak skema pula ayat, tak apalah seiring dengan usia yang suda meningkat jadi bahasa kenalah skema ha ha ha .
Selamat berpuasa semua, moga amal ibadah kita diterima olehNya. Banyakkan beramal mudahan semua urusan kita dipermudahkan. Aminnn